Pages

Tuesday, July 27, 2010

Sekelumit sejarah kasturi....alkisah Kumpulan Kasturi ialah sebuah kumpulan nasyid di bawah naungan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (HEPKIAS) & Persatuan Mahasiswa KIAS, dahulunya dikenali sebagai Sofwatul Du'at...sejurus bertukarnya kepimpinan pelajar pada tahun 2005, kumpulan Sofwatul Du'at telah bertukar namanya kepada kumpulan nasyid Kasturi yang telah diilhamkan oleh al-akh Mohd Zahid ketika itu..Beliau juga merupakan Presiden PMKIAS merangkap penaung Kasturi...kesinambungan daripada itu beralih pula kempimpinan Kasturi kepada Al-Akh Mohd Rafhan pada tahun 2007/2008...pada tahun 2009, kasturi telah bertukar kepimpinan dan ahli sekali lagi yang mana sejumlah besar ahli baru telah dilantik..tampuk kepimpinan bertukar tangan kepada Al-Akh Mohd Rosairi yang telah mengorak langkah untuk terus membawa Kasturi ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan kumpulan nasyid underground yang ada ketika ini..pada hari ini Kasturi telah membentuk sebuah organisasi yang akan mempermudahkan pengurusan Kasturi..Genap setahun Kasturi bertukar kepimpinan, maka lahirlah KASTURI ENTERTAIMENT. KASTURI ENTERTAINMENT membawa kelainan yang mana bukan sahaja membuat persembahan nasyid semata-mata malah menyediakan perkhidmatan latihan mengajar vokal, grafik, tempahan baju dan sebagainya..Seindah namanya, sepanjang kasturi dalam penglibatan dakwah melalui nasyid banyak tempahan persembahan telah diundang termasuk dalam negeri dan luar negeri Kelantan..Kasturi tidak ketinggalan juga menyertai pertandingan-pertandingan berprestij termasuk Pertandingan Nasyid IPT Kelantan, Pertandingan Nasyid IPT Islam seluruh Malaysia (IPTIM)..

2 comments:

  1. KASTURI dah wujud pada 2003-2005, Zahid join kami pada 2005 tu..selanjutnya tanya dia, pasti dia masih ingat

    ReplyDelete
  2. Ana setuju dgn Mirza. Ana Bukan orang yang mengilham KASTURI. Ana cuma dijemput join Kasturi n kalau tak silap Hanafi antara yg terawal n bagi nama kumpulan ni. Apa2 pun tahniah dr kami n smoga terus berdakwah dlm platform nasyid.

    Mohd Zahid Abu Bakar

    ReplyDelete

Followers